Contoh Karangan Kebaikan Menonton Televisyen

                                            

                                                      Kebaikan Menonton Televisyen


Televisyen merupakan sejenis media yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Pada masa kini,setiap rumah sekurang-kurang mempunyai sebuah televisyen.Tambahan pula,terdapat pelbagai kebaikan apabila menonton televisyen.

          Salah satunya ialah kita dapat mengetahui isu-isu semasa.Ini kerana rancangan berita yang disiarkan melalui televisyen membolehkan kita mengetahui hal ehwal semasa yang berlaku di dalam negara dan di luar negara.Kita akan menjadi lebih peka terhadap perkembangan semasa.Kita juga boleh mendapatkan maklumat tentang ramalan cuaca apabila menonton rancangan berita.

          Selain itu,kita boleh mengurangkan stres apabila menonton televisyen.Ini kerana terdapat pelbagai rancangan yang disiarkan seperti rancangan jenaka,rancangan kartun dan lain lain lagi.Ini akan membolehkan kita menenangkan fikiran kita serta hati kita juga.Dengan ini,kita akan tidak berasa stres.

          Di samping itu,kita boleh menambahkan pembendaharaan kata kita.Ini kerana terdapat sesetengah rancangan seperti Upin dan Ipin yang mempunyai bahasa baik serta banyak nilai murni yang diperoleh.

          Justeru itu,kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan apabila menonton televisyen.Ini kerana terdapat sesetengah  rancangan yang berunsurkan pendidikan disiarkan di televisyen.Ini akan membuat murid tertarik akan rancangan tersebut.Tambahan pula,murid akan menjadi lebih bersemangat untuk belajar daripada membaca buku sahaja.

          Kesimpulannya,televisyen amat berguna dan penting kepada kita.Kita perlulah pandai memilih rancangan televisyen yang sesuai agar dapat memanfaatkan kita

Comments

  1. Karangan ini sangat bagus dan memberi manfaat kepada saya
    Saya amat suka membaca karangan ini .. kerana dengan membacanya saya dapat banyak maklumat ..

    ReplyDelete
  2. Karangan in bagus until murid murid

    ReplyDelete
  3. very good! Karangan ini sangat baik!

    ReplyDelete
  4. Bagus sangat ni, boleh digunakan untuk UPSR. Jika masuk tajuk ni

    ReplyDelete
  5. Karangan ni Bagus untuk anak2 kita...

    ReplyDelete
  6. Karangan ini sangat bagus...

    ReplyDelete
  7. Thanks . It helps me a lot

    ReplyDelete
  8. Angus ada banyak isi yang vague

    ReplyDelete
  9. It's good . Can take 22 marks

    ReplyDelete
  10. Karangan yang sangat bagus .
    Its really help me a lot

    ReplyDelete
  11. Can use for exam!
    Keep donig👌

    ReplyDelete
  12. Terima kasih karangan ini sangat bagus...saya lebih yakin dengan cara penulisan sekarang

    ReplyDelete
  13. Very well
    Wow
    Superb 👌👌👍👍👏👏👏

    ReplyDelete
  14. Karangan Ni sangat vagus 50/50

    ReplyDelete
  15. I think 100 to 100 I am take it.. I am waiting for result.....

    ReplyDelete

Post a Comment