Posts

Contoh Karangan Kebaikan Menonton Televisyen

                                                                                                   Kebaikan Menonton Televisyen Televisyen merupakan sejenis media yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Pada masa kini,setiap rumah sekurang-kurang mempunyai sebuah televisyen.Tambahan pula,terdapat pelbagai kebaikan apabila menonton televisyen.           Salah satunya ialah kita dapat mengetahui isu-isu semasa.Ini kerana rancangan berita yang disiarkan melalui televisyen membolehkan kita mengetahui hal ehwal semasa yang berlaku di dalam negara dan di luar negara.Kita akan menjadi lebih peka terhadap perkembangan semasa.Kita juga boleh mendapatkan maklumat tentang ramalan cuaca apabila menonton rancangan berita.           Selain itu,kita boleh mengurangkan stres apabila menonton televisyen.Ini kerana terdapat pelbagai rancangan yang disiarkan seperti rancangan jenaka,rancangan kartun dan lain lain lagi.Ini akan membolehkan kita menenangkan fikiran kita serta hati kita